Ramainya sayangkan Eyma♥

Facebook ♥

Beloved Visitor ♥

Eyma , Kau kena tabah ! ♥

Assalamualaikum pembuka tirai pintu rahsia si hati yang kecil ini ♥


Perutku bergoncang kesakitan ..
Semakin ku bertahan , semakin lama ia sakit terus ke dadaku ..
Ya Allah , sakitnya ..
Dadaku terasa hendak sesak seperti dahulu yang pernahku alami ..
Tak sanggup aku harungi hari-hariku dengan kesakitan ini ..
Aku terlalu serabut dengan dunia pelajaran dan dunia percintaan ..
Aku perlukan seseorang yang memahami aku ..

Aku terlalu kecewa dan sangat kecewa dengan keputusan ke
Kolej yang aku idam-idamkan selama ini ..
Pernahkah ada seseorang yang memahami keadaan aku sekarang ni ???

Bukan kekecewaan itu sahaja yang menjadi topik kesedihan aku ,
masalah belajar , keluarga , orang luar dan macam-macam lagi aku kena tanggung ..
Alangkah indahnya jika kalian yang menanggung kesakitan ini ..
Aku tak sanggup ... Aku tak kuat ... Tidak cukup air mata yang mengalir dari hari ke hari ..
Hendak ditambah lagi dengan masalah yang berbagai-bagai ..

Jujur aku cakap , aku perlukan hidup dengan ketenangan ..
Sesaat pun cukuplah .. ! Aku mohon ! Hendak aku merayu kepada siapa ini ?!
Mungkin , aku kelihatan GEMBIRA di luar sana ..
Tetapi , hati ini masih penuh dengan KEPERITAN hidup yang tak mampu aku katakan ..

Aku sangat sensitif dengan perkataan '' masalah ''
Aku tahu , dalam dunia ni tak mustahil ada '' masalah '' ..
Cuma , aku terlalu pengecut untuk menghadapi masalah
sama ada besar atau kecil ..

Dari kecil , aku selalu dilanda pengalaman pahit ..
Membuatkan aku sering ketakutan , bersendirian , tidak bercakap ..
Aku tak tahu keadaan apa yang aku tidak takut ..
Sampai bila aku mahu jadi seperti ini ?

Aku perlukan ruang untuk bersendirian ..
Aku cuma ada seorang teman karib dunia akhirat yang begitu memahami aku ..
Setiap kali aku dilanda masalah , dialah yang membantu aku ..
Dialah yang pujuk aku ..
Dialah yang hiburkan aku ..

Tapi .. semua ini tak cukup untuk aku ..
Banyak perkara yang mengganggu kehidupan aku ..
Aku hanya mampu berdoa memohon jalan yang lurus dan penyelesaian ..
dan hanya mampu berzikir untuk menenangkan hati ini ..

Semoga dengan ujian ini , aku akan belajar untuk menjadi seorang yang
tabah dan kuat dalam apa jua cabaran ..
Cukuplah aku terseksa menanggung kepedihan ini seorang diri ..

Semoga tidak lama lagi , dugaan yang agak besar ini dapatku tempuhi dengan penuh kesabaran ..
Amin Ya Rabbal 'alamin ♥

Eyma seorang insan yang sangat lemah ..
Sangat-sangat lemah sehinggakan tak mampu membeban masalah sebegini ..
Eyma hanya mampu meluahkan perasaan ini di blog sahaja ..
Eyma harap , kawan-2 di luar sana sudi doakan Eyma agar
dapat selesaikan masalah peribadi Eyma dengan secepat mungkin ..