Ramainya sayangkan Eyma♥

Facebook ♥

Beloved Visitor ♥

Aku masih mampu ♥



Aku kecewa..
Aku kecil hati..
Aku menangis..
Aku menyesal..
Aku serba salah..
Aku tergamam..
Aku kaku..

Aku begitu terusik hati dengan kata-kata yang keluar daripada bibirnya..
Aku hanya mampu berdiri kaku dihadapannya..
Sambil bernanah telingaku mendengar lontaran suaranya yang nyaring lagi kasar bahasanya..
Kesabaranku masih teguh didada..
Aku tak berani mengeluarkan kata apa-apa dari bibirku..
Aku takut aku akan dipancar dengan duri yang tajam ditelingaku..
Aku sangat menghormati dia..
Begitu menghormati..

Suasana petang yang indah ini , sunyi seketika ♥
Terus aku berjalan kehadapan sambil mencapai beg yang berisi alatan memanah..

Mataku membulat sedikit..
Fikiranku serabut..
Hatiku sakit..

Cuba ku Istigfar berkali-kali..
Aku masih bisa bertahan untuk menghalang daripada air mataku mengalir..
Malangnya , aku tidak kuat , aku begitu lemah..
Air mataku terus mengalir tanpa disedari pemain yang lain..
Semangat aku terus hilang untuk meneruskan cabaran aku dalam memanah..
Terlalu banyak perkara yang bermain di fikiranku..
Terlalu sakit hati ini dibuatnya..

Teresak-esak ku menangis sambil memasang siap ' bow ' memanah..
Air mataku satu demi satu jatuh ke atas beg memanahku..
Terusku hapuskan air mata ini sebelum disedari pemain yang lain..
Terus ku bergegas ke 'port' memanah yang telah ditetapkan..
Masa hanya tinggal 30 minit untuk berlatih..

Memang patut aku diberi kata-kata kasar seperti tadi..
Semoga aku dapat memunasabahkan diri agar tidak terlewat lagi seperti tadi..

Bukan kerana aku sengaja..
Benar .. Jujur .. Aku tidak bohong !
Aku tidak sengaja terlewat & aku tidak tahu bahawa ada seseorang
yang sedang menunggu aku disana..
Maafkan aku , Aku begitu memohon ampun kerana telah mengecewakanmu..

Selesai sahaja aktiviti ini ,
Aku berjalan sendirian untuk pulang ke rumah..
Perasaan yang hendak menangis ini tidak berhenti daripada tadi..
Mujurlah , rakan baikku ada disampingku sewaktu diri ini disakiti..
Begitu lega hati ini mendengar nasihat dan dorongan daripada dia..
Aku begitu bertuah mendapat anugerah seorang rakan seperti dia..

Tolong janji dengan aku , kau akan jadi rakan sehidupku hingga ke syurga..
Tiada kau , tiadalah ketenangan untuk aku..

Hari ini , Eyma telah belajar bagaimana untuk menghormati orang lebih tua ,
Bersabar menempuh cabaran , Menghargai seorang kawan ,
dan Tidak mudah putus asa dalam apa jua keadaan , kerana..

'' If you can do it , I also can do it ''

InsyaAllah , 5 February 2013 , Eyma akan gerak ke Larut Matang dan Selama
selama seminggu untuk berjuang bagi merebut JUARA dalam pertandingan memanah..
Terima kasih kepada kawan-kawan Eyma yang sudi sokong Eyma selama ni ♥

*Tak sabar nak tengok muka terbakar macam ayam separuh panggang*

♥ Thank you so much to Wan Adha Manipulation atas gambar yang sangat menarik diatas ♥
Appreciate your art , Go improve !