Ramainya sayangkan Eyma♥

Facebook ♥

Beloved Visitor ♥

SEXYnya aku ♥

Assalamualaikum 


Selama 3 hari berturut-turut aku menitiskan peluh serta lelahku ,
Alhamdulillah ,
Aku berjaya mengutip 3 pingat Gangsa yang berlangsung pada 5 hingga 7 Februari 2013 .
Walaupun sebutan *GANGSA* itu agak mengecewakan ,
Tetapi , aku menganggap *GANGSA* itu seperti emas yang tidak pernahku miliki .
Entah mengapa pada tahun yang mulia ini , aku dikurniakan rezeki yang melimpah ruah .
Aku bersyukur tidak terhingga .

Jujur , selama 2 tahun aku berusaha hanya utk merebut satu pingat sahaja , tidak berjaya .
Pada masa itu , aku hanya membawa erti *MALU* dari bibir ke bibir tentang kekalahan aku .
Erti *MALU* sering menguasai hidupku .
Dari pagi ke tengah hari , aku memerah otak mencari ilmu .
Pulang saja ke rumah , aku terpaksa mengikat perut untuk ke pusat latihan memanah .
Masa yang ku ambil untuk menjamu selera , sudah ku ganti untuk menguasai ilmu memanah .

Letihnya aku setiap hari , tiada siapa yang erti .
Kulitku yang putih gebu , bertukar seperti ayam panggang .
Rakan-rakan seperjuanganku melihat diri ini sering membulatkan mata sambil mengangakan mulutnya .


Mengapa ????
*PUTIH* sangatkah aku ????

Haha . Itulah hasil yang kubawa selama 3 hari .
Matahari yang menyinar , memancar pada kulit ini .
Entah berapa lama mahu kulitku bakal pulih .

Ada juga aku terdengar pepatah daripada seseorang ,

* Hitam itu SEXY *

Aku begitu obses dengan gelak besarku mendengar pepatah itu .
Aku beri LIKE untuk kau !

Tidak menyangka ,
Air mata kekalahan sebelum ini , bertukar kepada air mata kemenangan .
Aku berjaya ke peringkat seterusnya pada 20 hingga 24 Februari 2013 .
Atas nasihat Mama & Ayahku , aku dipujuk untuk menerima tawaran ke peringkat seterusnya .

Kepala ku pusing memikirkan tentang hal ini .
3 hari meninggalkan kelas yang berisi ilmu , agaknya sudah banyak ilmu yang terlepas ku pelajari .
Apatah lagi , mahu ke peringkat negeri selama 5 hari .
Nasib oh nasib !

Cubaku solat Istiharah / Istikarah .
Semoga Allah memberi petunjuk jalan yang lurus buatku .
Jika jalan yang ku pilih itu untuk ke peringkat negeri ,
Semoga Allah akan memberi kemenangan buatku seperti mana yang ku pinta .
Jika kekalahan yang menimpa ku kemudian hari ,

semoga aku dapat menerima seadanya dan berusaha lebih gigih pada tahun hadapan .

Amin