Ya Allah .. Gembira sungguh apabila Eyma tahu yang Eyma mengandung ..
Bila perut besar baru perasan .. Hehe , itulah akibatnya tak pegi jumpa doktor ..
Alhamdulillah keadaan zuriat Eyma selamat dan normal ..
Entahlah kenapa hati ini mulai bercelaru dengan perasaan takut ..
'' Bagaimana kalau kawan-kawan , jiran-jiran , saudara-mara tahu yang aku mengandung ??!! ''
Terus Eyma endahkan persoalan itu ..
Terasa setiap hari senyumanku melempar kegembiraan sambil mengusap
manja perutku ini yang dikandung zuriat kami berdua ..
Kenapalah dari dulu Eyma tak perasan dengan kehadiran bayi ini ..
Mungkin , baru first time mengandung , tidak kelihatan besar perutnya ..
Tak lama lagi , insyaallah Eyma akan melahirkan zuriat ini dan digelar bayi milik kami berdua ..
Tak sabar rasanya .. Huhuhu
Pada suatu hari yang tak diduga ..
Perutku seperti ditendang-2 .. Ya Allah !! sakitnya tak dapat ku bayangkan ..
Eyma terus meraung memanggil mama ..
Sepantas kilat mama datang ke sisi Eyma ..
Mama cuba menenangkan Eyma ..
Eyma terus menahan kesakitan yang tak pernah dirasa ..
Dengan nafasnya seperti nyawa-nyawa ikan ..
Kehadiran seorang lelaki yang membawa kenderaan untuk menghantarku ke hospital ..
Perasannya seperti suamiku yang tercinta ..
Tetapi , dalam hatiku mengatakan bahawa lelaki itu ialah ayahandaku ..
Pelik ?! Mungkin kerana terlalu sakit , otakku tak dapat mengecam siapa dia ..
Apa ku heran .. Yang penting .. Bayi ini selamat di lahirkan dengan segera ..
Eyma tanak kehilangan zuriat ini ..
Dah lama Eyma impian untuk menjaga , membelai , membesarkan seorang zuriat
milik Eyma sendiri dengan penuh kasih sayang ..
Tiba-tiba , lelaki itu atau ayahandaku tak jadi untuk menghantarku ke hospital ..
MENGAPA !? Tidakkah KAU nampak keadaanku sekarang ini !?
Mama terus memanggil lelaki itu atau ayahandaku agar menghantarku kerana
keadaan ku semakin lemah..
lalu .. lelaki itu atau ayahandaku terus pergi dengan keretanya tanpa menyatakan apa-apa ..
Kedengaran suara mama yang cemas menjerit merayu pertolongan ..
Lalu , dayaku semakin lemah ..
Melihat dunia seperti kabur menjejaskan penglihatanku ..
dunia ini terus bergelap seperti menutup mata seribu tahun ..
~~~~~........~~~~~
ASTAGFIRULLAH .. ! ASTAGFIRULLAH .. !
Huhhhhh .. uhhh .. *Nafas tercungap-cungap*
Eyma cuba menenangkan diri Eyma sendiri dengan mengucap beberapa kali ..
Alhamdulillah ..
HuuUmmmm .. *mengeluh seketika*
Ya Allah .. Ku bermimpi rupanya ..
Tangan yang mulanya hangat , tiba-tiba dikerumung kesejukan ..
Terasa seperti benar-benar berlaku pada diriku ..
Perasaanku seperti takut .. seperti gembira .. seperti gelisah ..
Entah mengapa bercelaru sebegini ..
Terlantas satu soalan yang membuatku tidak sedap hati ..
Apakah ini suatu pentanda baik atau buruk ?
Lepas bangun tidur , Eyma terus mengadu pada mama ..
Mama terus jawap dengan suara yang agak perlahan ..
'' Tak mungkinlah ada orang nak hantar sesuatu pada fatimah ? ''
'' Takde lah .. Mainan tidur je tu .. ''
Terdiam Eyma seketika ..
TAK ! Mungkin semua ini hanya mainan tidur .. *celaru*
Berdasarkan cerita , rangkap 1 hingga 3 adalah mimpi 2 minggu sebelum ini ..
Rangkap seterusnya sampai habis adalah mimpi 1 minggu sebelum ini ..
Itu yang pelik .. First mimpi mengandung .. Second nak beranak pulak ..
Apa pulak lepas ni .. Hmmm
Apa lagi .. memang tak sedap hati sangat-2 , direct terus kpd mama ..
Sudah lama Eyma nak berkongsi cerita mimpi Eyma , tapi tak berkesempatan ..
Hope korang semua boleh beri jawapan kepada Eyma tentang mimpi ni ..
Sebab sampai sekarang Eyma tak sedap hati ..
Hanya mampu berdoa dan selawat ke atas nabi untuk tenangkan jiwa yang meracau ni ..
Ya Allah .. Kau selamatkanlahku .. Kau lindungilahku ..
Daripada musuh-musuhmu yang ingin menakut-nakutkanku ..
atau ingin menghantar sesuatu yang tidak baik terhadapku ..
Kau kuatkanlah iman dan kesabaranku dengan ujianmu ini ..
Aminnn yarabbal 'alamin ..